Skip to main content

Laporan Kejayaan

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2025/2026


Tarikh: 7 Ogos 2025 (Khamis)
Masa: 8.00 – 9.00 pagi
Tempat: Dataran Akademik, Kolej Matrikulasi Perak
Anjuran: Unit Hal Ehwal Pelajar, Kolej Matrikulasi Perak
Majlis Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Sesi 2025/2026 Kolej Matrikulasi Perak adalah satu majlis rasmi yang diadakan bagi menganugerahkan watikah pelantikan secara rasmi kepada 20 orang pelajar yang telah dipilih untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi 2025/2026. Majlis Watikah Pelantikan ini bukan sekadar simbolik, tetapi menjadi titik tolak kepada barisan pemimpin pelajar untuk menggalas amanah dan tanggungjawab sepanjang sesi.