Unit Pendidikan Islam & Moral
BAHARUDIN BIN WAHAB
Ketua Unit Pendidikan Islam & Moral
Maklumat Unit Pendidikan Islam & Moral
Unit Pendidikan Islam dan Moral merupakan salah satu unit akademik di Kolej Matrikulasi Perak yang berperanan penting dalam merealisasikan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Unit Ustaz Baharudin bin Wahab dan dibantu oleh lapan orang pensyarah yang berpengalaman serta komited dalam melaksanakan tanggungjawab.
Tumpuan utama unit ini adalah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kursus Pendidikan Islam dan Moral yang menekankan keseimbangan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Melalui pendekatan holistik, unit ini berperanan membentuk pelajar yang berilmu, berakhlak mulia, berdisiplin serta memiliki jati diri yang kukuh, sekali gus mampu bersaing di peringkat global tanpa mengabaikan nilai keagamaan dan moral sejagat.
- Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, berlandaskan nilai Islam dan moral sejagat, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) serta aspirasi Bahagian Matrikulasi untuk membentuk modal insan berkualiti tinggi selaras dengan nilai Karamah Insaniah.
- Membekalkan kemahiran insaniah (personal dan interpersonal) serta membudayakan amalan akhlak mulia dalam kalangan pelajar bagi melahirkan generasi yang berdaya saing, berdisiplin, berfikiran kritis dan mampu menyumbang secara positif kepada pembangunan negara serta masyarakat global.
1. Membentuk Sahsiah Unggul
Membimbing pelajar ke arah pengamalan akhlak mulia, memiliki jati diri yang kukuh serta mengamalkan disiplin diri sejajar dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
2. Memantapkan Kefahaman Agama dan Moral
Memberikan asas pengetahuan Islam serta nilai moral sejagat yang berperanan sebagaipanduan dalam pembelajaran sepanjang hayat serta membuat keputusan yang beretika.
3. Membangun Kemahiran Insaniah
Melatih pelajar dengan kemahiran personal, interpersonal, komunikasi dan kepimpinan bagi mempersiapkan mereka menghadapi cabaran kehidupan dan kerjaya.
4. Menyokong Kecemerlangan Secara Holistik
Melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang profesional, tetapi turut seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
5. Menyediakan Modal Insan Berdaya Saing Global
Membentuk pelajar yang mampu menyesuaikan diri dalam dunia moden, bersikap toleran, berfikiran kritis serta berupaya menyumbang secara positif kepada negara dan masyarakat global.
Lain-Lain Jabatan
Lain-Lain Unit
Organisasi Unit Pendidikan Islam & Moral
SAIDI BIN MUHD ALI
Pensyarah
AHMAD BIN AWANG
Pensyarah
AHMAD ZUBAIDI BIN BIDIN
Pensyarah
MOHD SHAMSUL BIN KAMAL
Pensyarah
DATIN NAWAL SHIFA' BINTI HARIS
Pensyarah
NUR SHAMSIDAR BINTI MUSTAPA @ MUSTAFA
Pensyarah
NOOR DASHRIMAN BIN NOOR KAMAN
Pensyarah
DR. RIZALMAN BIN MUHAMMAD
Pensyarah
