Skip to main content

Unit Peperiksaan

Unit Peperiksaan

Pengenalan

Unit Peperiksaan Kolej Matrikulasi Perak merupakan sebuah Unit Sokongan Akademik yang bertanggungjawab dalam merancang, menyelaras, melaksana serta memantau segala urusan berkaitan penilaian dan peperiksaan pelajar. Unit ini memainkan peranan utama dalam memastikan sistem penilaian berjalan dengan telus, teratur dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Dengan komitmen tinggi daripada semua pegawai dan staf, Unit Peperiksaan sentiasa berusaha memastikan setiap peperiksaan dijalankan secara profesional dan berintegriti. Unit ini juga menjalin kerjasama rapat dengan pensyarah, penasihat akademik dan pihak pentadbiran bagi memastikan kejayaan akademik pelajar dapat dicapai secara menyeluruh.

    Objektif Unit
    1. Memastikan proses peperiksaan mematuhi prosedur piawai (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kementerian.
    2. Menyediakan segala kemudahan untuk menjamin keselesaan semua calon yang menduduki peperiksaan.
    3. Menyediakan analisis dan laporan prestasi pencapaian calon bagi tujuan penambahbaikan pencapaian akademik.
      Fungsi Unit

      Unit Peperiksaan Kolej Matrikulasi Perak bertanggungjawab dalam:

      1. Pengurusan Peperiksaan dan Ujian Program Matrikulasi
      2. Pengurusan Data Peperiksaan Program Matrikulasi
      3. Pengurusan Bilik Kebal / Bilik Keselamatan dan Stor Peperiksaan
      4. Pengurusan Peperiksaan/Ujian Luar

      Organisasi Unit Peperiksaan

      Pegawai Peperiksaan

      Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

      Pegawai Peperiksaan

      Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.