Skip to main content

Latar Belakang

Sejarah Kolej Matrikulasi Perak


Pihak kabinet telah meluluskan penubuhan Bahagian Matrikulasi pada 10 Mac 1999. Kolej-Kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia ditubuhkan setelah perjawatan Matrikulasi diluluskan pada 1 Jun 1999. Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) ialah Kolej Matrikulasi yang ke-6 yang telah ditubuhkan di Malaysia. Kolej Matrikulasi Perak seluas 67.048 ekar dan terletak di Gopeng, Perak.

Jaraknya dengan Bandaraya Ipoh ialah sejauh 24 km dan 4 km dari pekan Gopeng. KMPk telah beroperasi pada 1 Mac 2002 dan kakitangan Kolej mula bertugas pada tarikh tersebut dengan ambilan 123 orang pensyarah, 4 ketua jabatan dan 3 orang penolong pengarah. Bilangan ambilan Mac 2002 ialah seramai 722 orang.

Sepanjang Kolej Matrikulasi Perak ditubuhkan, seramai 11 orang individu telah dan sedang berkhidmat sebagai pengarah iaitu En. Mahzan bin Bakar S.M.P.,A.M.P. (01.04.2002-16.06.2004), Che Aminah binti Awang Khecil A.C.M. (16.06.2004-01.06.2006), En. Hussain bin Harun P.P.T. (01.06.2006-01.10.2007), En. Ismail bin Kalam K.M.N.,A.M.P. (01.10.2007-25.08.2011), Tn. Hj. Zulkurnaini bin Hussain (05.10.2011-17.05.2012), En. Saad bin Manap A.M.N.,A.M.P. (16.05.2012-10.06.2015), Datin Hjh. Roslina binti Abdul Rashid (10.08.2015-02.01.2017), En. Said bin S.A. Abbas (09.01.2017), En. Shahsim Shah bin Harun (01.08.2018-24.10.2021), En. Azman bin Mokhtar B.C.N. (07.03.2022-05.01.2025) dan yang terkini adalah En. Izehari bin Basar K.M.N.(06.01.2025 - kini).