Unit Perpustakaan
NOR AZURA BINTI MIOR DAUD
Pustakawan
PERPUSTAKAAN MUNSHI ABDULLAH
PERKHIDMATAN SIRKULASI (PINJAMAN, PEMULANGAN DAN PEMBAHARUAN BAHAN)
KEAHLIAN
Terbuka kepada pensyarah, kakitangan dan pelajar Kolej Matrikulasi Perak sahaja.
PENDAFTARAN
Semua warga Kolej Matrikulasi Perak adalah ahli berdaftar Unit Perpustakaan secara automatik dan boleh menggunakan semua perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Kad matrik pelajar wajib digunakan setiap kali urusan pinjaman, pemulangan, pembaharuan bahan, perkhidmatan internet, bilik perbincangan dan perkhidmatan lain.
POLISI PINJAMAN
KOLEKSI RAK TERBUKA
- PELAJAR - Dibenarkan meminjam 4 buah buku untuk tempoh masa 2 minggu
- RAKAN PERPUSTAKAAN - Dibenarkan meminjam 5 buah buku untuk tempoh masa 2 minggu
- KAKITANGAN AKADEMIK - Dibenarkan meminjam 6 buah buku untuk tempoh masa 2 minggu
- KAKITANGAN BUKAN AKADEMIK - Dibenarkan meminjam 3 buah buku untuk tempoh masa 2 minggu
KOLEKSI RUJUKAN
- Bahan-bahan rujukan seperti terbitan bersiri seperti akhbar, majalah, buletin hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja
- Peminjaman bahan-bahan rujukan yang tertentu hanya dibenarkan dengan kebenaran Pustakawan sahaja.
PEMBAHARUAN PINJAMAN DAN TEMPAHAN
- Pembaharuan pinjaman boleh dibuat sebanyak 2 kali berturut-turut di kaunter sirkulasi.
- Semua pengguna boleh membuat tempahan sekiranya bahan yang diperlukan sedang dipinjam oleh pengguna lain melalui kaunter sirkulasi.
- Pengguna perlu menyemak dari masa ke semasa sama ada bahan tersebut telah dikembalikan ke perpustakaan atau sebaliknya. Bahan tempahan tersebut akan ditempatkan semula di rak-rak buku atau dipinjamkan kepada pelajar lain selepas 7 hari dari notis tempahan dikeluarkan.
DENDA
- Setiap pengguna akan didenda RM0.20 bagi setiap buku yang lewat dihantar.
- Sekiranya berlaku kehilangan buku yang dipinjam, pengguna perlu membayar harga asal buku dan bayaran pengurusan RM10.00 bagi setiap buku yang hilang.
PORTAL PERPUSTAKAAN
Portal Perpustakaan Munshi Abdullah boleh diakses melalui pautan Google Sites berikut:
https://sites.google.com/kmpk.matrik.edu.my/perpustakaan-munshi-abdullah/
LAMAN RASMI FACEBOOK PERPUSTAKAAN MUNSHI ABDULLAH
Maklumat program dan aktiviti perpustakaan boleh diakses melalui pautan berikut:
Lain-Lain Jabatan
Lain-Lain Unit
Organisasi Unit Perpustakaan
ABDUL HALIM BIN ABDUL HAMID
Penolong Pustakawan
NUR FATIN SYAMIMI BINTI MOHD FAUZI
Pembantu Pustakawan
NURHAMIMWAHIDA BINTI ABD WAHAB
Pembantu Pustakawan
SUZIHAN BINTI SOAD
Pembantu Pustakawan
NOOR AZLINA BINTI MOHD ARIF
Pembantu Pustakawan
MOHD HASRIL BIN MUHAMAD JANIP
Pembantu Pustakawan
NORAISA BINTI WATIN
Pembantu Pustakawan
