Skip to main content

Unit Asrama

Unit Asrama

HAFSAH BINTI ADAM

Ketua Penyelia Asrama

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pengenalan

Kolej Kediaman Kolej Matrikulasi Perak (KMPk) diwujudkan bagi menyediakan penempatan kepada semua pelajar matrikulasi tanpa mengira kaum. Kolej kediaman ini mempunyai lima blok dengan kapasiti 2,700 orang pelajar bagi setiap pengambilan, terdiri daripada tiga blok pelajar perempuan (Seri Teja, Seri Intan dan Seri Kerian) serta dua blok pelajar lelaki (Seri Iskandar dan Seri Ipoh). Pengurusan kolej kediaman dikendalikan oleh seorang Ketua Penyelia Asrama bersama empat Penyelia Asrama yang bertanggungjawab memastikan kebajikan dan kelengkapan pelajar sentiasa terjamin.

Bagi mewujudkan suasana kondusif, kolej kediaman menyediakan pelbagai kemudahan seperti mesin basuh pakaian (9 unit untuk blok perempuan dan 6 unit untuk blok lelaki), bilik pantry lengkap dengan seterika dan mesin air panas di setiap aras (kecuali aras 3), bilik TV/rekreasi, bilik bacaan, surau dan bilik sakit. Ruang riadah turut disediakan termasuk gelanggang tenis, bola tampar, bola jaring, bola keranjang serta wakaf dan tempat rehat untuk keluarga pelajar. Pengurusan kolej kediaman turut dibantu oleh pensyarah yang dilantik sebagai felo, iaitu 8 felo di blok perempuan dan 6 felo di blok lelaki, yang berperanan membantu pelajar selepas waktu pejabat. Setiap bilik boleh memuatkan empat orang pelajar dengan kelengkapan asas yang lengkap seperti katil,tilam,bantal,meja belajar, kerusi dan almar, manakala bilik air disediakan di setiap aras untuk kemudahan penghuni.

Visi,Misi Dan Piagam Pelanggan

VISI

 Untuk menjadikan pengurusan pentadbiran kolej kediaman yang berkualiti dan bersistematik

 MISI

  • Memastikan pengurusan pentadbiran kolej kediaman mengikut prosedur kerja yang ditetapkan agar dapat melahirkan staf yang berketrampilan dan berdaya saing.
  • Mewujudkan persekitaran kolej kediaman yang kondusif dan selamat dengan prasarana yang lengkap.
  • Memastikan pengurusan pentadbiran kolej kediaman dilaksanakan melalui kerjasama yang jitu,penghayatan budaya kerja cemerlang dan penambaikan yang berterusan.

  PIAGAM PELANGGAN

 Kami, pihak pengurusan pentadbiran kolej kediaman beriltizam akan :-

  • Memastikan urusan penempatan setiap pelajar ke kolej kediaman diselesaikan pada hari pendaftaran.
  • Memastikan kemudahan prasarana pelajar mencukupi dan terurus sepanjang masa.
  • Memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar semasa berada di kolej kediaman.
  • Memastikan segala surat berdaftar pelajar diterima oleh pelajar dengan cepat setelah tiba di kolej kediaman.
  • Memastikan aduan kerosakan yang diterima dari pelajar diselesaikan dalam tempoh ( 2 ) hari bekerja bagi kes kecil dan ( 12 ) hari bekerja bagi kes besar.
  • Memastikan pelajar dihantar untuk menerima rawatan dalam tempoh selewat-lewatnya ( 30 ) minit selepas aduan diterima.
  • Memastikan waris mendapat maklumat berkaitan dengan pelajar yang hendak dihubungi selewat-lewatnya dalam tempoh ( 30) minit.
  • Memastikan pelajar yang mempunyai masalah yang berkaitan dengan kolej kediaman diselesaikan dalam tempoh ( 2 ) hari bekerja.
Objektif Unit
  • Memastikan pentadbiran dan pengurusan kolej kediaman mengikut peraturan dan prosedur kerja yang ditetapkan.
  • Memastikan kemudahan kolej kediaman disedia dan diselenggara dengan sempurna.
  • Memastikan setiap pelajar Kolej Matrikulasi Perak yang mendaftar di sini mendapat tempat tinggal yang kondusif dari segi prasarana yang disediakan.
  •  Memastikan keselamatan dan kebajikan penghuni terjamin.
  • Memastikan segala peraturan kolej kediaman dipatuhi oleh penghuni.

Organisasi Unit Asrama

Penyelia Asrama

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Penyelia Asrama

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Penyelia Asrama

Pembantu Khidmat Am

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pembantu Khidmat Am