Piagam Pelanggan Kami warga Kolej Matrikulasi Perak dengan penuh tekad dan iltiam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk : 

  • Menyediakan kemudahan pendidikan yang terbaik berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras dengan pengamalan perkhidmatan penyayang dan berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara
  • Memastikan pelajar memenuhi keperluan institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara serta mempunyai ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Memastikan staf yang terlatih dan mencukupi dalam menguruskan kerja dengan bertanggungjawab, cekap, bijaksana, berdedikasi, berdisiplin dan produktif  
  • Memastikan KMPk sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan pelajar, staf, masyarakat dan Negara