UNIT PENTADBIRAN

Unit Pentadbiran Kolej Matrikulasi Perak adalah satu unit yang mengendalikan kerja-kerja khidmat sokongan pentadbiran kepada pengurusan KMPk dan pengurusan Pelajaran dan Pembelajaran (PdP).

Unit Pentadbiran diketuai oleh Pegawai Eksekutif Kanan. Terdapat 4 unit kecil dibawah:

  1. Unit Pentadbiran yang diketuai oleh Penolong Akauntan,
  2. Ketua Pembantu Tadbir, Pembantu Tadbir (Kew),
  3. Pembantu Tadbir (P/O), Penolong Jurutera, Pemandu,
  4. Pegawai khidmat pelanggan dan Pembantu Operasi.

Unit Pentadbiran secara rasminya mempunyai beberapa Unit Kecil dibawahnya yang merangkumi:-

Unit Kecil bahagian fail.

  1. Surat Menyurat dan Fail
  2. Penerimaan Mel dan pengagihannya
  3. Tempahan Bilik Mesyuarat
  4. Tempahan Kenderaan
  5. Semua urusan yang berkaitan Pentadbiran Am

Unit Kecil Perjawatan dan Perkhidmatan

  1. Perlantikan, Pengesahan dalai Perkhidmatan, Perletakan dalam Perkhidmatan Berpencen dan Persaraan
  2. Pengurusan Buku Rekod Perkhidmatan dan Fail Peribadi
  3. Pengurusan Laporan berkaitan Perjawatan
  4. Pengurusan Penyata Perubahan berkaitan Perkhidmatan
  5. Pengendalian Sistem Maklumat Staf (SMS)
  6. Sistem HRMIS
  7. Pengurusan Tatatertib
  8. Pengurusan Kenaikan Pangkat
  9. Pengurusan Peperiksaan dalam Perkhidmatan

Unit Kewangan dan Akaun

  1. Penyediaan Belanjawan Kewangan
  2. Pengurusan Gaji dan Elaun
  3. Pengurusan Kutipan Hasil dan Sewa
  4. Pengurusan Pembayaran
  5. Pengurusan Pinjaman perumahan, kenderaan dan Komputer
  6. Pengurusan Perakaunan

Unit Kecil Stor Pusat

  1. Pengurusan pembelian barang dan penerimaan barang
  2. Penyimpanan stok, Daftar Harta Modal dan Inventori
  3. Pengeluaran stok
  4. Pelupusan Aset

Unit Kecil Penyelenggaraan

Unit ini mengurus dan mengendalikan khidmat nasihat teknikal kepada semua jabatan di KMPk dalam penyelenggaraan Sivil, Mekanikal dan Elektrik.

  1. Membantu semua jabatan dalam pemanggilan sebutharga dan penyediaan speksifikasi untuk kerja-kerja penyelenggaraan Sivil, Mekanikal dan Elektrik.
  2. Penyelenggaraan Bangunan dan Infrastuktur seperti Bilik-bilik Kuliah, Asrama, Dewan Kuliah, Pejabat Pentadbiran, Blok Pensyarah dan Unit-unit. Selain itu kemudahan infrastruktur seperti jaringan jalan bertar di dalam Kolej, longkang utama, pembentung, cerun dan lain-lain.

UNIT SISTEM MAKLUMAT

Unit Sistem Maklumat dikendalikan oleh seorang Pegawai Teknologi Maklumat dengan bantuan sepenuhnya oleh Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, 5 orang Juruteknik Komputer dan seorang Pembantu Operasi. Unit Sistem Maklumat memainkan peranan penting dalam menyediakan kemudahan infrastuktur, bantuan teknikal serta khidmat nasihat berkaitan ICT.  Unit sistem maklumat ini juga berperanan dalam memastikan segala peralatan ICT,sistem rangkaian dan sistem perisian yang digunakpakai oleh kakitangan dan pelajar Kolej Matrikulasi Perak berada dalam keadaan baik semasa proses PdP.

Unit Sistem Maklumat mengendalikan aplikasi-aplikasi seperti berikut yang digunakan oleh semua warga kolej KMPk:

  1. Matrix Information System (MIS)
  2. Portal e-Learning
  3. Laman Web Rasmi KMPk
  4. E-mel Rasmi

Aplikasi/sistem-sistem yang dikendalikan bagi kegunaan warga KMPk, berkaitan dengan rangkaian komputer seperti:

  1. DNSDHCP
  2. Firewall, dsbg.

 UNIT MAKMAL SAINS

Unit Makmal Sains Kolej Matrikulasi Perak diketuai oleh seorang Ketua Pembantu Makmal dan terdiri daripada 14 orang staf yang sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar sepanjang amali dijalankan di Makmal Sains. Makmal Sains mempunyai 18 buah makmal sains yang melengkapi prasarana kolej bagi perlaksanaan mata pelajaran teras PST dan PDT. Makmal sains ini adalah merupakan asas penting bagi melahirkan golongan lepasan matrikulasi berteraskan sains yang mahir dalam penguasaan amali serta kemahiran manipulatif penggunaan radas dan bahan kimia.

 Makmal sains dibahagikan kepada 3 Unit iaitu :

  1. 7 buah Makmal Kimia
  2. 5 buah Makmal Biologi
  3. 6 buah Makmal Fizik

 UNIT ASRAMA

Unit Asrama Kolej Matrikulasi Perak diketuai oleh seorang Ketua Penyelia Asrama dan terdiri daripada 4 orang Penyelia Asrama serta dibantu oleh seorang Pembantu Operasi yang sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar Kolej Matrikulasi Perak bagi menyediakan kemudahan asrama sebagai tempat penginapan kepada semua pelajar.  Kemudahan penginapan ini termasuklah beberapa fasiliti lain yang disediakan iaitu:

  1. Lima blok asrama ( 3 blok untuk pelajar perempuan dan 2 blok untuk pelajar lelaki )
  2. Pejabat pentadbiran asrama
  3. Bilik bacaan
  4. Bilik riadah
  5. Bilik sakit
  6. Bilik dobi

Antara fungsi utama Unit Asrama adalah memastikan kesemua kemudahan yang  disediakan berjalan dengan baik untuk kegunaan pelajar-pelajar asrama. Unit ini mengendalikan pengurusan asrama dengan kerjasama Warden pada setiap asrama yang dilantik.

  1. Penyeliaan kebersihan, keceriaan, dan keselamatan asrama
  2. Pengurusan Fail, Surat Menyurat, Data, Rekod dan Laporan berkaitan asrama

UNIT PERPUSTAKAAN

Perpustakaan Munsyi Abdullah

Unit Perpustakaan Kolej Matrikulasi Perak diketuai oleh seorang Pustakawan dan seorang Penolong Pegawai Perpustakaan serta terdiri daripada 6 orang Pembantu Perpustakaan yang sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar Menyediakan perkhidmatan perpustakaan yang lengkap dan prasarana yang kondusif kepada para pelajar dan kakitangan kolej. Memberikan khidmat rujukan, pinjaman dan pelbagai khidmat Perpustakaan kepada pelajar, pensyarah serta kakitangan Perpustakaan.Memupuk budaya membaca di kalangan pelajar untuk melahirkan masyarakat berilmu. Membantu serta mempertingkatkan kemahiran di kalangan pengguna perpustakaan dalam aktiviti mengesan, mengakses serta memperolehi maklumat yang tepat serta berkualiti.