Program Tahsin Solat 2017

18 Ogos 2017  Program Tahsin Solat 2017 telah dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam dan Moral dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Maghfirah. Seramai 100 orang pelajar telah terlibat dalam program ini. Program bermula seawal 8.00 pagi dan berlangsung di Masjid Al-Maghfirah Kolej Matrikuilasi Perak. Objekytif program ini adalah sebagai satu usaha dalam memperbaiki ibadah solat yang merupakan satu ibadat wajib yang perlu dijaga perlaksanaannya oleh umat Islam. Program ini telah dikendalikan oleh Al-Fadhil Ustaz Tuan Syed Mohd Muzaffar Bin Syed Azlan yang merupakan Imam Besar Masjid Muhibbuddin Shah, Greentown, Ipoh, Perak. Semoga program seperti ini mampu untuk memperbaiki segala kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan oleh umat Islam dalam menunaikan solat.

Gotong Royong Perdana2017

19 Ogos 2017  Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Karnival Kolej Matrikulasi Zon Utara 2017 yang bakal dianjurkan di Kolej Matrikulasi Perak, pihak pengurusan tertinggi telah menganjurkan Gotong Royong Perdana yang melibatkan semua jabatan-jabatan akademik dan para pelajar Kolej Matrikulasi Perak. Setiap jabatan telah diberikan tugasan tertentu bagi menjayakan aktiviti ini dan penglibatan dari para pelajar amatlah menggalakkan. Program gotong royong ini bermula sewal 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang

Watikah Perlantikan JPP dan Perasmian Bulan Kemerdekaan 2017

 

 

 

Bundle of Joy 2017

11 Ogos 2017  Program Bundle of Joy 2017 telah dianjurkan oleh Unit Sains Komputer dan melibatkan seramai 110 orang pelajar. Program bermula pada jam 3.00 petang dan berlangsung di Makmal Komputer Kolej Matrikuilasi Perak. Objekytif program ini adalah sebagai satu usaha dari Unit Sains Komputer dalam membantu mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap topik-topik yang telah dipelajari dan sebagai langkah awal kepada Program Kecemerlangan Akademik yang akan dirancang secara berkala. Secara keseluruhannya program ini berjaya dilaksanakan dan penglibatan pelajar adalah menggalakkan.

Kursus Orientasi Pensyarah dan Staf Baharu 2017