Bundle of Joy 2017

11 Ogos 2017  Program Bundle of Joy 2017 telah dianjurkan oleh Unit Sains Komputer dan melibatkan seramai 110 orang pelajar. Program bermula pada jam 3.00 petang dan berlangsung di Makmal Komputer Kolej Matrikuilasi Perak. Objekytif program ini adalah sebagai satu usaha dari Unit Sains Komputer dalam membantu mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap topik-topik yang telah dipelajari dan sebagai langkah awal kepada Program Kecemerlangan Akademik yang akan dirancang secara berkala. Secara keseluruhannya program ini berjaya dilaksanakan dan penglibatan pelajar adalah menggalakkan.