Gotong Royong Perdana2017

19 Ogos 2017  Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Karnival Kolej Matrikulasi Zon Utara 2017 yang bakal dianjurkan di Kolej Matrikulasi Perak, pihak pengurusan tertinggi telah menganjurkan Gotong Royong Perdana yang melibatkan semua jabatan-jabatan akademik dan para pelajar Kolej Matrikulasi Perak. Setiap jabatan telah diberikan tugasan tertentu bagi menjayakan aktiviti ini dan penglibatan dari para pelajar amatlah menggalakkan. Program gotong royong ini bermula sewal 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang