Pelancaran Academic Pit Stop KMPk

18 Oktober 2019 Pelancaran "Academic Pit Stop" (APS) KMPk merupakan satu inisiatif warga KMPk yang dipengerusikan oleh Puan Nik Hasrina Bt. Nik Din dari Unit Fizik. Kewujudan APS ini adalah sebagai satu usaha membantu pelajar B40 di Kolej Matrikulasi Perak dalam membantu segala keperluan akademik pelajar B40 meliputi perkhidmatan bekalan bantuan berbentuk bahan-bahan akademik dan membantu membangunkan insaniah pelajar B40. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah KMPK, Tuan Shashim Shah B. Harun.