PLC KMPk, Ke Arah Revolusi Pendidikan Gemilang

13 April 2018 Tujuan bengkel ini diadakan adalah sebagai tapak untuk sesi perkongsian amalan terbaik pengajaran para pensyarah di Kolej Matrikulasi Perak. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk:

(i) menilai kertas pelaporan PLC yang dibentangkan oleh para pensyarah Kolej Matrikulasi Perak dari tahun 2016/2017 sehingga 2017/2018.

(ii) membuat pemilihan kertas pelaporan PLC ke penilaian peringkat akhir bagi mewakili kolej dalam Konvensyen Kebangsaan PLC Bahagian Matrikulasi yang akan diadakan pada Oktober 2018 nanti.

(iii) memantapkan pelaporan PLC yang telah dibentangkan oleh pensyarah supaya dapat menghasilkan kertas pelaporan yang lebih berkualiti pada masa akan datang.

Bengkel tersebut telah bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Pengisian pada slot pertama dan kedua adalah pembentangan pelaporan manakala slot ketiga adalah tentang pemantapan. Sebanyak 36 kertas pelaporan telah dibentangkan iaitu 3 Learning walk, 15 Lesson Study, 10 Teacher Sharing Session, 3 Reader’s Club, 2 Case Discussion, 2 Video Critique dan 1 Peer Coaching. Sehubungan dengan itu, kami telah menjemput pensyarah kanan dari Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Dr.Hajjah Nor Asikin binti Salleh sebagai ketua juri di samping dua lagi penilai dalaman iaitu SME Puan Hajjah Rohaida Abd.Ghani dan Puan Fauziah Ismail. Mereka telah menilai dan memberi komen terhadap 36 pelaporan di samping menilai pembentangan secara langsung daripada para peserta. Pembentangan terbaik dibuat dari setiap bilik yang digunakan iaitu bilik HRDC, bilik AV dan aras 1 Perpustakaan KMPk.

Sebanyak 8 unit telah menghantar kertas pelaporan iaitu 8 dari unit Matematik, 11 unit Biologi, 5 dari unit Fizik, 4 dari unit Kimia, 3 dari unit Sains Komputer, 1 dari unit Pendidikan Islam dan Moral, 2 dari unit Bahasa Inggeris dan 2 dari unit Akaun. 2 kategori anugerah telah diberikan iaitu anugerah pembentang terbaik bagi setiap bilik pembentangan dan anugerah kertas pelaporan terbanyak peringkat unit. Sijil penganugerahan telah diberikan kepada tiga pembentang terbaik iaitu Cik Kong Suet Li, En. Aw Ying Juan, dan Puan Azlina binti Amat Yasin. Manakala anugerah kertas pelaporan terbanyak pula ialah unit Biologi.

Bengkel ini telah dijalankan dengan jayanya, hasil daripada komitmen AJK yang tinggi dan kerjasama yang padu daripada kesemua pensyarah KMPk yang terlibat. Saya, selaku penyelaras PLC KMPk ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah terlibat. Diharapkan semoga bengkel ini dapat diadakan pada setiap sesi dengan lebih banyak penyertaan dari semua unit di KMPk dan penghasilan kertas yang lebih berkualiti. Secara tidak langsung para pensyarah dapat berkongsi kecemerlangan dalam menjalankan amalan terbaik pengajaran dalam kelas.