KMPK Menyerlah!

07 April 2018  11 orang pelajar Modul Perakauanan Semester 2 Sesi 2017/2018 telah terpilih untuk menyertai Pertandingan Kuiz Ekonomi Piala Dekan FEP Univerisiti Malaya. 2 orang pensyarah pengiring dari Unit Ekonomi iaitu Puan Marziah Binti Dahari selaku Ketua Unit Ekonomi Kolej Matrikulasi Perak dan Encik Sukor Beram telah ditugaskan untuk membimbing dan mengiring pelajar-pelajar tersebut. Berkat kesungguhan dan iltizam yang tinggi, wakil Kolej Matrikulasi Perak telah melakar kejayaan yang membanggakan setelah menduduki tempat Naib Johan dan tempat ketiga bagi kategori kuiz berkumpulan dan Johan bagi kategori kuiz individu. Semoga penyertaan pelajar-pelajar KMPk dalam aktiviti seperti ini dapat meransang pembinaan jatidiri pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Tahniah Kolej Matrikulasi Perak!