LOGO
Latar glob berwarna biru bermaksud penguasaan dunia melalui ilmu, sejajar dengan warna utama logo Kementerian Pelajaran. Bentuk rombus berwarna kuning, lambang kesungguhan dan kejayaan pelajar yang menjadi dasar kepada Kolej Matrikulasi (huruf K:M) Kementerian Pendidikan yang diakhiri oleh Kolej Matrikulasi (huruf Pk), Putih bagi huruf Pk. Kuning bagi huruf KM adalah warna-warna bendera negeri Perak.
Jalur-jalur merah putih adalah asas Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) yang bermaksud matlamat Pendidikan Negara dan kelajuan pergerakan sistem pendidikan melalui Program Matrikulasi untuk menyaingi kemajuan pendidikan dunia yang diamanahkan kepada Kolej Ini. Keseluruhan logo melambangkan kekuatan tekad dan semangat KMPk untuk memastikan seluruh pelajarnya mencapai kejayaan bagi memenuhi wawasan Negara
menyaingi ketamadunan dunia. |