Pihak kabinet telah meluluskan penubuhan Bahagian Matrikulasi pada 10 Mac 1999. Kolej-Kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia ditubuhkan setelah perjawatan Matrikulasi diluluskan pada 1 Jun 1999. Kolej Matrikulasi Perak adalah Kolej Matrikulasi ke-enam yang ditubuhkan.
Kolej Matrikulasi perak (KMPk)
seluas 67.048 ekar terletak di Gopeng, Perak. Jaraknya dengan
bandaraya Ipoh ialah sejauh 24km dan 4km dari pekan Gopeng. KMPk
telah beroperasi pada 1 Mac 2002 dan kakitangan Kolej mula bertugas
pada tarikh tersebut dengan ambilan pelajar sulung sesi 2002/2003
bermula pada 23 mac 2002. sehingga ini terdapat 123 orang pensyarah
4 ketua jabatan dan 3 orang penolong pengarah. Bilangan ambilan
Mac 2002 ialah seramai 722 orang.
Program Matrikulasi Kementerian
Pendidikan merupakan program persediaan pelajar bagi melayakkan
diri untuk ke universiti awam dan swasta. Tempoh pengajian bagi
program pra-universiti ini mengambil masa dua semester (1 tahun).
Kurikulum program ini memberikan penekanan yang seimbang kepada
akademik dan kokurikulum. Penekanan, berakhlak mulia, kreatif
dan berketrampilan. |