Jabatan SainsJabatan MatematikJabtan Sastera IktisasJabatan Pengurusan Pelajar

Ketua Jabatan | Kata Aluan | Carta Organisasi | PegawaiTakwim


 

Selamat Datang ke Unit Kaunseling dan Kerjaya, Kolej Matrikulasi Perak. Alhamdulillah, dengan izin dan inayahNya Unit Kaunseling dan Kerjaya, Kolej Matrikulasi Perak sehingga hari ini sentiasa memikul tanggungjawab utama dalam merealisasikan visi, misi dan objektif utama unit iaitu memberikan perkhidmatan kaunseling dan kerjaya untuk membentuk kesejahteraan hidup dalam era globalisasi agar berkeupayaan untuk mencapai kecemerlangan sepanjang hayat.

Unit ini juga sentiasa memastikan program - program pengembangan minda dan dan pemulihan motivasi pelajar menjadi keutamaan demi untuk kesejahteraan pelajar dan organisasi Kolej Matrikulasi Perak. Selain berfungsi sebagai salah satu badan sokongan bagi Jabatan Pengurusan Pelajar, Kolej Matrikulasi Perak, unit ini juga bergerak seiring bersama unit - unit lain dalam memastikan pengurusan dan pengendalian jabatan dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.

Pelbagai pendekatan dan kaedah digunapakai sebagai peranti dalam melaksanakan beberapa program yang bermanfaat kepada staf dan juga pensyarah. Ia adalah bertujuan untuk menyediakan suasana dan persekitaran yang kondusif dan selesa bukan sahaja kepada pelajar malah kepada keseluruhan organisasi pentabiran kolej.

Dengan harapan agar, Unit Kaunseling dan Kerjaya, Kolej Matrikulasi Perak sentiasa bergerak seiring dan selari dengan visi, misi dan objektif kolej, unit ini juga sentiasa mengoptimumkan kualiti perkhidmatan untuk dimanfaatkan secara efektif dan optimum.


Kamarolzaman Bin Abas
Ketua Unit Kaunseling dan Kerjaya
Kolej Matrikulasi Perak.


Hubungi Kami

Pautan Portal Kolej Matrikulasi

Penafian