Kursus JAVA  Zon Utara BMKPM

28 Ogos 2018  Kursus Java Zon Utara 2018 telah dianjurkan oleh Bahagian Matrikulasi KPM bertempat di Kolej Matrikulasi Perak. Seramai 50 orang pensyarah Unit Sains Komputer terdiri daripada pensyarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Kolej Matrikulasi Kedah, Kolej Matrikulasi Perlis dan Kolej Matrikulasi Perak telah terlibat dalam kursus  ini. Kursus ini dilaksanakan selama 3 hari bermula 28 Ogos 2018 hingga 30 Ogos 2018. Objektif program ini adalah untuk memberikan pendedahan lanjut berkenaan Silibus Penganturcaraan Java bagi subjek Sains Komputer.