Ramadhan, bulan mulia, nikmat dikongsi bersama!

09 Jun 2018  32 orang pelajar Kolej Matrikulasi Perak yang terdiri dari pelajar-pelajar LDK M5T25 dan MEP T1T3 Semester 1 2018/2019 telah terlibat dalam program Lawatan Dan Iftar Di Pertubuhan Kebajikan Rumah Orang-Orang Tua (Islam) Titian Abadi (Pekita). Program ini juga diiringi oleh 2 orang pensyarah Unit Matematik Kolej Matrikulasi Perak iaitu Pn. Norzi Azwin bt. Mat dan En. Muhammad Zaki bin Sapiran. Tentatif program bermula seawal jam 4.45 petang dan berakhir pada 8.30 malam. Antara aktiviti yang dijalankan adalah majlis ramah mesra bersama warga emas PEKITA, penyerahan sumbangan kepada pihak PEKITA, Majlis Iftar dan Solat Maghrib berjemaah. Berbekalkan semangat Ramadhan sebagai bulan menambahkan amal kebaikan, program ini dilihat mampu memberi keinsafan dan pengajaran kepada pelajar-pelajar tentang erti kasih sayang antara anak dan ibubapa serta kepentingan hidup hormat menghormati antara satu sama lain. Diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan lagi dalam membina peribadi pelajar yang bukan sahaja cemerlang di dunia malah cemerlang di akhirat seterusnya melahirkan insan terpuji lahiriah dan rohaniah. Tahniah diucapkan