"EXPERT TALK"  Unit Sains Komputer

23 Mac 2018  Program "Expert Talk" 2018 telah dianjurkan oleh Unit Sains Komputer Kolej Matrikulasi Perak. Seramai 300 orang pelajar telah terlibat dalam program ini. Program bermula pada jam 2.30 petang dan berlangsung di Dewan Kuliah 5 dan Dewan Kuliah 6. Objektif program ini adalah sebagai satu usaha Unit Sains Komputer bagi memberikan kefahaman terhadap salah faham berkenaan topik Algoritma dan Pengaturcaraan C++. 2 orang pensyarah dari Fakulti Seni Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dijemput bagi menjayakan program ini iaitu Dr. Mashitoh Hashim dan Prof Madya Dr. Ramlah Mailok .

Konvensyen Arena Cipta Unit Kimia