Bersama Mufti Wilayah Persekutuan SS Dato' Seri Dr. Zulkifli B. Mohd Al-Bakri

11 Disember 2019 Kolej Matrikulasi Perak bertuah setelah menerima kunjungan SS Dato' Seri Dr. Zulkifli B. Mohd Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan bersempena Bicara Ilmu Perak Siri Ke -22 anjuran Mukmin Bersaudara-Mimbar. Program yang berlangsung sejurus selesai solat fardhu Asar itu telah dihadiri warga KMPk yang terdiri daripada pelajar, pensyarah dan staf sokongan. Menerusi program ini, Dato' Seri telah menyampaikan tazkirah pendek berkisar tentang penghayatan seorang pelajar untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat. Dato' Seri juga telah memberikan contoh-contoh peribadi muslim hebat seperti Imam Syafie agar dapat dicontohi pelajar-pelajar KMPK dalam meharungi dunia pendidikan. Program ini diakhiri dengan penyampaian cenderamata yang disampaikan oleh Tuan Pengarah KMPK, Tuan Shashim Shah B. Harun.