Pengenalan | AJK MS ISO 9001:2015 Dokumen Kualiti | Pengurusan Risiko


KMPk berhasrat menjadi kolej matrikulasi terunggul di bawah kelolaan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM) dan sentiasa menitikberatkan program-program peningkatan kualiti seperti pelaksanaan Program MS ISO 9001:2015.

KMPk beriltizam memberi perkhidmatan berkualiti dalam pengurusan pelajar, pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum dan pengurusan latihan sumber manusia bagi memastikan pelanggan mendapat manfaat terbaik melalui pelaksanaan sistem pengurusan berkualiti yang cekap dan berkesan secara berterusan.

Bidang Tugas:

  • Menjadi Sekretariat Pelaksana MS ISO 9001:2015 peringkat kolej.
  • Memberi latihan kepada warga kolej dan pemegang Manual Kualiti, Prosedur Am dan Prosedur Utama supaya mematuhi segala tanggungjawab yang ditetapkan.
  • Memastikan dokumen dan rekod sistem pengurusan kualiti lengkap dan sempurna.
  • Membuat pindaan dan penambahbaikan dokumen berkaitan.
  • Menyelaras aktiviti untuk mengekalkan Standard MS ISO 9001:2015.

Makluman :

Dokumen kualiti di atas talian hanya untuk rujukan sahaja. Dokumen yang sah adalah dokumen kualiti bercetak di Bilik Kualiti, KMPk