Perkhidmatan yang disediakan
Unit Hal Ehwal
Pelajar (HEP)
1. Mengurus pendaftaran pelajar baru;
2. Mengurus minggu pengurusan pelajar baru;
3. Mengurus borang perjanjian pelajar;
4. Mengurus pelajar berhenti dari program matrikulasi;
5. Mengurus pelajar sakit untuk rawatan di klinik/hospital;
6. Menganjurkan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang;
7. Mengurus pilihanraya bagi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar;
8. Mengurus proses pemberian elaun sara hidup pelajar;
9. Mengurus khidmat kebajikan pelajar;
10. Meningkatkan kualiti sahsiah pelajar;
11. Mengurus pengangkutan pelajar balik bercuti;
12. Mengurus kad matrik pelajar;
13. Melulus permohonan keluar masuk pelajar pada masa kuliah;
14. Memantau dan mengambil tindakan untuk peningkatan kualiti
perkhidmatan di kafeteria, klinik dan koperasi.
Unit Kaunseling
dan Kerjaya
1. Merancang, menyelaras dan memberi perkhidmatan kaunseling
yang merangkumi aspek perkembangan, pencegahan, pemulihan
dan krisis;
2. Menjalankan sesi kaunseling individu dan kelompok;
3. Mengadakan ceramah dan syarahan yang selaras dengan bidang
kaunseling;
4. Menjadi perantara sebelum merujuk klien kepada psikiatri;
5. Menyediakan dan menyimpan fail, rekod, sesi kaunseling untuk
tujuan susulan;
6. Menjalankan ujian/inventori psikologi kaunseling;
7. Mengadakan aktiviti kaunseling selaras dengan aktiviti unit;
8. Mengambil maklumat dan data anggota (staf) yang bermasalah;
9. Menyediakan perkhidmatan maklumat;
10. Mengurus permohonan pelajar ke IPTA;
11. Menyelaras program mentor mentee;
12. Menubuh dan melaksana Pembimbing Rakan Dinamik (PRD).
Unit Kokurikulum
1. Menyedia kemudahan sukan dan rekreasi;
2. Mengurus penggunaan alatan sukan dan rekreasi;
3. Mengurus peminjaman untuk penggunaan alatan sukan dan
rekreasi;
4. Menyediakan program untuk perkembangan diri pelajar;
5. Menganjur dan melaksana program kesukanan;
Jabatan Pengurusan Pelajar diketuai oleh Ketua
Jabatan Pengurusan Pelajar. Di bawahnya terdapat Penolong Pengarah
HEP I dan II dengan dibantu oleh tiga pensyarah yang dilantik
sebagai Pegawai HEP. Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran
juga telah memperuntukkan empat perjawatan Penolong Pengarah
Kaunseling di Unit Kaunseling dan Kerjaya, Kolej Matrikulasi
Perak. Seterusnya, Unit Kokurikulum pula diketuai oleh Ketua
Unit dengan seramai lapan pensyarah kokurikulum.