Perutusan
Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar
Jabatan Pengurusan Pelajar diketuai oleh Ketua
Jabatan Pengurusan Pelajar. Di bawahnya terdapat Penolong Pengarah
HEP I dan II dengan dibantu oleh tiga pensyarah yang dilantik
sebagai Pegawai HEP. Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran
juga telah memperuntukkan empat perjawatan Penolong Pengarah
Kaunseling di Unit Kaunseling dan Kerjaya, Kolej Matrikulasi
Perak. Seterusnya, Unit Kokurikulum pula diketuai oleh Ketua
Unit dengan seramai lapan pensyarah kokurikulum.
Visi
Melahirkan pelajar yang terunggul iaitu mempunyai sahsiah yang
cemerlang, cerdas emosi dan cergas fizikal.
Misi
1. Menguruskan perkhidmatan dengan terancang dan sistematik;
2. Menyediakan kemudahan dan program yang selaras dengan
keperluan pelajar;
3. Menolong bantu pelajar dalam menghadapi isu-isu untuk
kesejahteraan diri;
4. Membina perhubungan profesional dengan jabatan akademik
dan agensi luar.