Perutusan Ketua
Jabatan Sains
Assalamualaikum dan
salam sejahtera
Selamat datang ke
laman web Jabatan Sains. Jabatan Sains diwakili oleh unit Biologi,
unit Fizik , unit Kimia dan unit Makmal Sains.
Jabatan Sains berusaha
dalam melengkapkan pensyarah sains dan staf makmal dengan ilmu
pengetahuan serta kemahiran yang relevan dengan mata pelajaran.
Dengan pengetahuan serta kemahiran itu pensyarah sains akan
mendidik dan menghasilkan pelajar sains yang cemerlang.
Pensyarah Sains serta staf makmal sentiasa berusaha kearah merealisasikan
misi jabatan sains ia itu, untuk menjana pelajar sains yang
seimbang dan terunggul ke program ijazah pertama serta dapat
bersaing diperingkat global.
Saya yakin dengan
kerjasama yang padu dan komitmen yang tinggi, pensyarah sains
serta staf makmal sentiasa akan menunjukkan peningkatan dalam
apa jua aktiviti yang mereka usahakan. Aktiviti yang dijalankan
oleh pensyarah sains serta staf makmal merupakan sumbangan mereka
dalam usaha untuk mencapai misi KMPk.
Akhir kata kepada
pensyarah sains “Be the best and beat the rest “
dan kepada pelajar sains “ See you all at the top one
day”.