Perutusan
Ketua Jabatan Matematik dan Sains Informatik
Selamat berkunjung ke laman-web Jabatan Matematik
dan Sains Informatik. Jabatan ini terdiri dari dua unit iaitu
Unit Matematik dan Unit Sains Informatik.
Jabatan ini berusaha ke arah memberi perkhidmatan
cemerlang dalam pengajaran subjek Matematik, Sains Informatik
dan Sains Komputer.
Fokus utama perkhidmatan Jabatan ini adalah
menyediakan pelajar-pelajar dengan pembelajaran Matematik, Sains
Informatik dan Sains Komputer peringkat pra-universiti bagi
melayakkan pelajar mengikuti pembelajaran ke tahap ijazah sarjana
muda.
Strategi-strategi untuk mencapai matlamat Jabatan
adalah dengan:
I. Memantapkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
II. Meningkatkan prestasi peperiksaan pelajar
III. Memantau dan menilai proses kerja
IV. Memberi latihan kepada pensyarah untuk meningkat kompetensi
serta menyemai semangat bekerja berpasukan yang utuh.
Adalah diharapkan segala proses pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan oleh jabatan ini dapat memberi
ruang yang luas kepada pelajar untuk terus cemerlang dalam pemerolehan
ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam Sains dan Teknologi bagi
membolehkan pelajar menjadi warga yang berilmu dan kekal relevan
dalam era globalisasi ini.