| Jabatan Sastera Ikhtisas
diterajui oleh seorang Ketua Jabatan iaitu Pn. Hjh. Madzanah Bt
Osman. Enam (6) unit yang bernaung di bawah Jabatan Sastera Ikhtisas
ialah unit Perakaunan, Unit Pengurusan Perniagaan, Unit Ekonomi,
Unit Pendidikan Islam dan Moral, Unit Dinamika Kemahiran dan Unit
Bahasa Inggeris. Setiap unit diketuai oleh seorang ketua unit dan
semua pensyarah unit terdiri daripada mereka yang terlatih dan mempunyai
kelayakan dalam bidang masing-masing.
Visi
“melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi sahsiah dan
akademik”
Misi
Memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan
cekap dan berkesan demi kecemerlangan prestasi akademik dan sashsiah
para pelajar.
Objektif
Memastikan sekurang-kurangnya 50% pelajar jurusan Perakaunan mencapai
kejayaan cemerlang (A) bagi mata pelajaran Perakaunan, Pengurusan
Perniagaan dan Ekonomi.
|