SOALAN LAZIM

Di manakah saya boleh menyambung pengajian setelah lulus Program Matrikulasi KPM?
Pelajar boleh menyambung pengajian di mana-mana IPTA dalam dan luar negara berdasarkan kelulusan (PNGK - Purata Nilai Gred Kumulatif) yang diperolehi.

Bagaimanakah saya dapat mengetahui keputusan rayuan tersebut?
Anda boleh menghubungi BMKPM melalui talian telefon pejabat atau talian bantuan atau dalam laman web KPM. Hanya pelajar yang berjaya akan dihubungi kira-kira sebulan selepas tarikh tutup rayuan. Pelajar yang tidak mendapat sebarang maklum selepas tarikh tersebut dianggap gagal

Bagaimanakah cara membuat permohonan rayuan bagi Program Matrikulasi KPM?
Pelajar boleh datang sendiri ke Bahagian Matrikulasi KPM untuk mengisi borang rayuan atau menulis surat permohonan rayuan. Salinan keputusan SPM yang disahkan perlu dilampirkan bersama-sama surat rayuan.

Mengapa pelajar gagal dalam permohonan Program Matrikulasi KPM walaupun mendapat keputusan SPM yang cemerlang?
Biasanya pelajar gagal dalam permohonan Program Matrikulasi KPM sebab keputusan mata pelajaran SPM yang cemerlang itu tidak termasuk mata pelajaran yang diambil kira bagi Program Matrikulasi seperti Matematik, Matematik Tambahan dan dua(2) mata pelajaran sains terbaik daripada Kimia / Fizik / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Elektrik & Elektronik/ Teknologi Kejuruteraan) (bagi jurusan sains). Bagi Jurusan Perakaunan pula mata pelajaran yang diambil kira ialah Matematik, Matematik Tambahan dan dua (2) mata pelajaran terbaik daripada Prinsip Perakaunan/ Perdagangan/ Fizik/ Kimia/Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Elektrik & Elektronik/ Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)

Bolehkah pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan dalam SPM memohon jurusan Perakaunan (M003)?
Pelajar perlu mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan dalam SPM bagi memohon jurusan Perakaunan dan juga Sains

Yuran pendaftaran Program Matrikulasi KPM ?
Kadar yuran Pendaftaran Matrikulasi KPM bagi sesi 2008/2009 ialah RM220.00 bagi Jurusan Sains dan RM212.00 bagi jurusan Perakaunan (Program Satu Tahun - PST). Kadar yuran pendaftaran bagi tahun pertama Program Matrikulasi KPM (Program Dua Tahun - PDT) sesi 2007/2009 ialah RM160.00


Keputusan Penempatan Program Matrikulasi
Pada kebiasaannya keputusan permohonan masuk ke Program Matrikulasi KPM akan diketahui selepas kira-kira sebulan keputusan SPM diumumkan iaitu pada pertengahan bulan April. Pada sesi 2008/2009 keputusan permohonan boleh diketahui pada 16 April 2008 bermula jam 8.30 pagi. Pelajar boleh menyemak keputusan permohonan melalui laman web http://www.moe.gov.my atau Sistem SMS dengan menaip perkataan MAT jarak NO KP (pelajar) dan dihantar ke talian 33778

Bagaimana jika pelajar berhenti dari mengikuti pengajian di Matrikulasi?

Pelajar yang berhenti daripada Program Matrikulasi KPM akan didenda mengikut dasar pelanggaran perjanjian pelajar KECUALI mereka yang berhenti kerana:
1.Mendapat tawaran Bahagian Pendidikan Guru (kursus dalam dan luar negeri).
2.Mendapat tajaan agensi kerajaan ke luar negeri.
3. Menerima tawaran Asasi Sains UM.
4.Menerima tawaran Asasi Sains Pertanian UPM.
5.Menerima tawaran Asasi Undang-Undang UiTM - KPM.
6.Menerima tawaran Pra Ijazah Perubatan dan Farmasi UiTM.
7. Menerima tawaran Asasi Perubatan dan Farmasi UIA.
8. Menerima tawaran Tamhidi Perubatan dan Farmasi - Uni. Sains Islam Malaysia.
9.Masalah kesihatan dengan disokong laporan pegawai perubatan kerajaan.

Bagaimanakah proses pemilihan pelajar dibuat?
Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan meritokrasi dan keputusan SPM calon yang layak dan telah membuat permohonan sebelumnya.

Dasar Privasi :: Dasar Keselamatan :: Notis :: Hak Cipta :: Pasukan Web KMPk :: Panduan

HAKCIPTA TERPELIHARA 2008
Kolej Matrikulasi Perak, Kem